PAMERAN HALAL ANTARABANGSA Tip buat kek, biskut

KENAPA resipi membuat kek, roti atau biskut tidak menjadi?

 

Ia mungkin disebabkan kurangnya ilmu, kemahiran atau keyakinan diri.

 

Pengunjung acara pameran halal antarabangsa ini berpeluang meningkatkan ilmu kulinari.

 

Cef selebriti Siti Mastura yang juga Pengetua di Institut Kulinari SSA akan membuat demonstrasi, berkongsi tip dan teknik asas membuat kek dan biskut di pameran ini.

 

Sesi membuat biskut dan kek gulung berlangsung pada Sabtu ini mulai 7.45 malam dan sesi menghias dan membuat biskut diadakan Ahad ini dari 2 hingga 3 petang.

 

“Peserta kulinari dari Institut SSA bukan hanya dapat meraih ilmu dan kemahiran malah asas perniagaan dan jati diri dapat diperolehi daripada kursus-kursus kami.

 

“Kami berharap peserta dapat menerapkan nilai-nilai ini di tempat kerja dan menyara hidup keluarga bagi yang tidak bekerja,” ujar Encik Suhaimi Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif SSA Culinary Institute dan SSA Consulting Group.

 

Sebanyak tiga hingga empat resipi disediakan di tiap kursus pilihan kulinari – kek, roti, biskut dan pastri choux.

 

Kos yuran kursus-kursus ini boleh dilunaskan dengan menggunakan akaun Kredit SkillsFuture.

 

Gerai SSA di G5 dan G6 menyediakan khidmat pendaftaran SkillsFuture.



Other News